SEJARAH SEKOLAH

Bangunan lama sekolah ini didirikan pada 1948 selepas Perang Dunia Kedua. Hasil usahasama pekerja-pekerja Ladang Pundut sebuah bangunan Group Hospital telah diubahsuai menjadi sekolah tamil. Pada asalnya sekolah telah mula beroperasi dengan 25 orang murid dan En.S.Suppiah telah dilantik menjadi Guru Besar pertama.

 

Pada 1952, En.Ayakannu telah dilantik menjawat Guru Besar kedua di SRJK(T)Mukim Pundut dan 2 orang guru penolong En.M. Subramaniam dan Pn.Mariammah telah ditempatkan bertugas di sekolah ini. Pada 1979 SRJK(T)Our Lady Of Perpertual Succour di Lumut ditutup dan murid-muridnya dipindahkan ke sekolah ini.

 

Pada 1980, En.R.Verappan telah dilantik sebagai Guru Besar ketiga. Pada ketika ini bilangan murid seramai 180 orang dan 8 orang guru. Sukan tahunan pertama telah dianjurkan pada 1980.

Pada 1984, SRJK(T)Ladang Sulffolk ditutup dan murid-muridnya ditempatkan di SRJK(T) Mukim Pundut. Guru Besar ketika itu ialah En.A.Appala Naidu. Terdapat sebuah bangunan tambahan dengan 2 buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah setor dibina untuk menampung pertambahan murid. Pada 1990, Bilik Kemahiran Hidup dan Kantin telah didirikan.

 

Pada 1999, En.S.Munuyandi memegang jawatan Guru Besar di sekolah ini. Jun 2000 pembinaan Sekolah Wawasan telah dimulakan dan siap pada akhir 2001. 1 Jan 2002, SJK(T)Mukim Pundut telah mula beroperasi di bangunan baru sebagai Sekolah Wawasan Manjung. Kompleks Sekolah Wawasan ini dirasmikan oleh Mantan Menteri Pendidikan Malaysia Y.B.Tan Sri Dato Seri Musa Bin Muhammad PSM.,SPMP.,DMPN., DPCM.,JSM.,PKT. pada 10.10.03.

 

Pada 03.09.07, SJK(T) Mukim Pundut telah menerima Guru Besar baru iaitu Pn.M.Maliga Davi dan PraSekolah SJK(T) Mukim Pundut telah didirikan pada 01.03.09. Namun pada 16.12.09, SJK(T)Mukim Pundut sekali lagi menerima Guru Besar baru iaitu En.S.Thanaskody yang berkhidmat sehinggalah sekarang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s