PERATURAN MAKMAL KOMPUTER

  1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru.
  2. Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas.
  3. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer.
  4. Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi.
  5. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.
  6. Semua pengguna dikehendaki mengikuti Jadual Waktu Penggunaan makmal komputer.
  7. Semua pengguna dikehendaki mencatat maklumat penggunaan ke dalam buku log / rekod penggunaan makmal komputer.
  8. Pengguna dilarang melayari Internet melalui pautan kepada alamat-alamat yang melampau / tidak bermoral (lucah).
  9. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau-senda, bertengkar dan bergaduh dalam makmal komputer.
  10. Pengguna komputer dilarang membuat sebarang pengubahsuaian ke atas sambungan wayar di komputer.
  11. Pengguna dilarang membawa sebarang perisian luar ke dalam makmal komputer kecuali dengan izin guru yang bertugas.
  12. Pengguna dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal komputer kecuali dengan izin guru yang bertugas.
  13. Jika terdengar sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu yang terbakar atau sebarang keadaan yang disyaki tidak normal, sila laporkan dengan kadar segera pada guru yang bertugas di makmal komputer.
  14. Pastikan kedua-dua pintu masuk tidak berkunci semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.
  15. Imbas “PenDrive” sebelum digunakan untuk mengelakkan dari berlaku sebaran virus kepada fail-fail dalam komputer.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s